CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 11, 2008

Bertugas di Pejabat Pengarah

Dah 2 hari aku bertugas di sini kerana menggantikan PA yang bercuti... Masa nak bw masuk surat, maka terpandanglah kat dlm tu kad raya tahun2 lps dari Bahagian kami kepada Pengarah. Masih lagi tersemat kemas pada dinding...

Foto jarak dekat, gambar bsr tu boss, aku dan k. lin

Kena senyum dulu sebelum memulakan kerje... bagi senaman kat otot muka dulu...

Tp yang ni serius pulak wajahnya, sbb aku kalau buat keje wajah mcm tu pulak..sedang menaip

senyum semula...



Tadaaaa....

Ole-Ole From German

Boss aku gi German pada 21 Ogos - 30 Ogos kerana terlibat dgn lawatan teknikal. Spt biasa boss aku ni pemurah... kalau dia pergi mana2, mesti dia beli somethinglah... So, akak2 jgn jeles ye...so, kali ni aku dapat vegetable soap.. Boss aku kata, kwn dia ckp sabun ni dari awal kita guna sampailah habis baunya tetap sama je... skrg ni sabun kat rmh ada lagi... so, aku letaklah sementara kat workstation aku... harumannya memang menusuk kalbu...siapa yang duduk kt tempat aku mesti dapat menikmati keharumannya...



Dapat handkerchief juga...yang aku dgr, fabrik terbaik di dunia comes from Germany

Yang ni wajib.... mana2 pergi pun tetap ada.. TQ Boss!

Baby Cat

Jumpa dgn dia ni waktu pergi kedai aksesori kereta kat S. Alam.... Orang kedai tu yang jaga..tu pun nak suruh kita angkat bw balik...kalau aku duk rmh bawah nak gak aku bela...aku duk apartment...susah sikit nak bela.... Hb aku tgh usik2 kucing tu....
Aku suka kucing ni sbb corak kat badan dia lawa...

Sian dier... aku tinggalkan dia ketika dia sedang bermain-main.

Balik Kg. Di Muar

Aku balik kg. pada 30hb Ogos yang lepas.. skrg ni baru nak update blog...ni rumah atuk sebelah ayah di Tanjung Agas, Muar. Blk sekejap je, ada kenduri dan dtg menziarahi nenek yang sedang uzur. Gambar ni pula masa aku nak balik ke Putrajaya. Tgklah semangatnye sedara2 aku kat muo ni, ada bendera Malaysia lagi tau....



Nak reverse

Family aku pun balik sekali....

Nak keluar dari Jalan Ahmad

Aku ni dh lama x blk muo, maklumlah family aku kat Shah Alam je... Tanjung Agas pun dah byk berubah... masa aku sekolah dulu lain, yelah zaman dah berubah... kat kawasan perumahan tempat aku tinggal dulu dah dkt dgn KFC. Aku ni suka gak fast food. Kalau lah KFC ni zaman sekolah aku dah ada kat situ, aku g jalan kaki je...ataupun naik beskal. x payah kitaorg g kat bandar. Masa zaman sekolah dulu, aku memang suka naik basikal. Round2 kt Taman Tun Syed Nasir dgn kawan2 waktu petang. Rasa mcm best jer...

Bila balik ni, mulalah teringat pelbagai nostalgia zaman2 sekolah dulu...ni gambar Sek. Men. aku.. aku memang rindu kat Muo. Ye lah tempat kelahiran aku...


Yang ni gambar Sek. Ren. aku

Wednesday, September 10, 2008

Motivasi diri dan juga rakan kongsi

(1)
Pengalaman yang melukakan adalah teladan. Tidak perlu mengingati yang telah berlalu dan terlepas, sebaliknya berfikirlah ke arah hadapan dan apa yang bakal ditempuh.

(2)
Hari ini adalah lebih baik dari semalam dan besok adalah lebih baik dari hari ini. Yakini Allah bersama orang yang kuat berusaha, berdoa dan bertawakal.

(3)
Orang yang berusaha walaupun gagal adalah lebih baik daripada orang yang gagal terlebih dahulu sebelum dia benar-benar disahkan gagal.

Petikan kata-kata dari : Dr. HM Tuah Iskandar
www.drtuah.com
www.etuah.com

Tuesday, August 26, 2008

Buat semua rakan-rakan ku...


Salam Syaaban - Ramadhan buat semua,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Saya juga memohon dihalalkan semuanya terutama makan dan minum.Saya juga telah memaafkan kalian dan telah menghalalkan segalanya.
Didoakan agar kalian mendapat ‘puasa mabrur’ bermula tahun ini dan selamanya.

Nak tunggu kad raya baru nak bermaafan takut terlambat…..bermaafan hendaklah dilakukan setiap detik sesama manusia lebih-lebih lagi dengan Allah Taala.

Monday, August 25, 2008

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Tempat duduk campur dengan agensi yang lain. Selang sebuah kerusi dari tempat aku, tempat k. Aza


Penerima-penerima anugerah PPj seramai 60 orang


Buku yang menyenaraikan penerima-penerima anugerah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan

Persembahan koir

Persembahan turut disertai oleh artis budaya DBKL


Bersama K. Yus


Bersama K. Aza


Mcm majlis Konvokesyen pun ada...