CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 22, 2008

Something good...

Hari ni tetiba je ada org bagi this gift....ingatkan utk boss... sbnrnya org tu datang kat workstation tanya kat mana seorg pegawai tu, tp pegawai tu kt tingkat bawah. So, aku pun bagilah information...ntah mcm mana tergerak pulak hati dia nak bg aku satu.. nah..aku tanya, utk siapa? Dia kata untuk Cik lah (heheheee...cik lagi ke aku ni...) org dah bagi, ambil jelah ye (rezeki bulan puasa...) TQ so much!

Dalam kotak ni adalah gula a.k.a kurma :)

Beli Perfume lagi...

Kali ni, saya beli Ralph Lauren Ralph dari RWC. Yang satu lagi tu Kenzo Amour kawan kirim sekali.

Miniature 7 ml

Miniature 5 ml

Kalau korang nak, klik kat Jom Shopping! (Perfume) kat sidebar tu....Mcm2 jenis perfume ada...

Friday, September 19, 2008

Menu berbuka puasa 18/9

Saya masak Kueytiaw goreng .... agak2 sedap ke tak?


Air Cincau

Wednesday, September 17, 2008

Mama belikan Baju


Baju yang dibelikan oleh mama untuk saya...actually baju tidur labuh. TQ mom!

Aktiviti Hari Minggu

Pada hari Sabtu, kita hantar kereta masuk klinik untuk tukar tayar depan...yelah nanti nak blk kg kan...





Disebabkan pada hari Ahad tiada appointment dgn sesiapa, maka kitaorg ikut family pergi shopping...


Beli bahan-bahan untuk buat biskut raya...



Thursday, September 11, 2008

Bertugas di Pejabat Pengarah

Dah 2 hari aku bertugas di sini kerana menggantikan PA yang bercuti... Masa nak bw masuk surat, maka terpandanglah kat dlm tu kad raya tahun2 lps dari Bahagian kami kepada Pengarah. Masih lagi tersemat kemas pada dinding...

Foto jarak dekat, gambar bsr tu boss, aku dan k. lin

Kena senyum dulu sebelum memulakan kerje... bagi senaman kat otot muka dulu...

Tp yang ni serius pulak wajahnya, sbb aku kalau buat keje wajah mcm tu pulak..sedang menaip

senyum semula...



Tadaaaa....

Ole-Ole From German

Boss aku gi German pada 21 Ogos - 30 Ogos kerana terlibat dgn lawatan teknikal. Spt biasa boss aku ni pemurah... kalau dia pergi mana2, mesti dia beli somethinglah... So, akak2 jgn jeles ye...so, kali ni aku dapat vegetable soap.. Boss aku kata, kwn dia ckp sabun ni dari awal kita guna sampailah habis baunya tetap sama je... skrg ni sabun kat rmh ada lagi... so, aku letaklah sementara kat workstation aku... harumannya memang menusuk kalbu...siapa yang duduk kt tempat aku mesti dapat menikmati keharumannya...



Dapat handkerchief juga...yang aku dgr, fabrik terbaik di dunia comes from Germany

Yang ni wajib.... mana2 pergi pun tetap ada.. TQ Boss!

Baby Cat

Jumpa dgn dia ni waktu pergi kedai aksesori kereta kat S. Alam.... Orang kedai tu yang jaga..tu pun nak suruh kita angkat bw balik...kalau aku duk rmh bawah nak gak aku bela...aku duk apartment...susah sikit nak bela.... Hb aku tgh usik2 kucing tu....
Aku suka kucing ni sbb corak kat badan dia lawa...

Sian dier... aku tinggalkan dia ketika dia sedang bermain-main.

Balik Kg. Di Muar

Aku balik kg. pada 30hb Ogos yang lepas.. skrg ni baru nak update blog...ni rumah atuk sebelah ayah di Tanjung Agas, Muar. Blk sekejap je, ada kenduri dan dtg menziarahi nenek yang sedang uzur. Gambar ni pula masa aku nak balik ke Putrajaya. Tgklah semangatnye sedara2 aku kat muo ni, ada bendera Malaysia lagi tau....



Nak reverse

Family aku pun balik sekali....

Nak keluar dari Jalan Ahmad

Aku ni dh lama x blk muo, maklumlah family aku kat Shah Alam je... Tanjung Agas pun dah byk berubah... masa aku sekolah dulu lain, yelah zaman dah berubah... kat kawasan perumahan tempat aku tinggal dulu dah dkt dgn KFC. Aku ni suka gak fast food. Kalau lah KFC ni zaman sekolah aku dah ada kat situ, aku g jalan kaki je...ataupun naik beskal. x payah kitaorg g kat bandar. Masa zaman sekolah dulu, aku memang suka naik basikal. Round2 kt Taman Tun Syed Nasir dgn kawan2 waktu petang. Rasa mcm best jer...

Bila balik ni, mulalah teringat pelbagai nostalgia zaman2 sekolah dulu...ni gambar Sek. Men. aku.. aku memang rindu kat Muo. Ye lah tempat kelahiran aku...


Yang ni gambar Sek. Ren. aku

Wednesday, September 10, 2008

Motivasi diri dan juga rakan kongsi

(1)
Pengalaman yang melukakan adalah teladan. Tidak perlu mengingati yang telah berlalu dan terlepas, sebaliknya berfikirlah ke arah hadapan dan apa yang bakal ditempuh.

(2)
Hari ini adalah lebih baik dari semalam dan besok adalah lebih baik dari hari ini. Yakini Allah bersama orang yang kuat berusaha, berdoa dan bertawakal.

(3)
Orang yang berusaha walaupun gagal adalah lebih baik daripada orang yang gagal terlebih dahulu sebelum dia benar-benar disahkan gagal.

Petikan kata-kata dari : Dr. HM Tuah Iskandar
www.drtuah.com
www.etuah.com